Isu Hukum Hudud sekarang memang menjadi satu fenomena yg bleh dikatakan pencetus isu dalam politik.Dalam kalangan ahli politik di Malaysia ini,masih ramai lagi yang menafikan Hukum Allah yang datang dr Al-Quraan dan As-Sunnah(Hadis) ni.Mana tidaknya,ramai lagi yang masih tidak faham dengan isi kandungan Hudud tersebut dan fungsi nya kpd siapa.
Sebelum itu,Mr RIlex akan bagitau secara definisi nye ,apa sebenar Hukum Hudud ni dan dari mana asalnya dalam AlQuran.Sebelum Mr.Rilex bagitau korang apa hukum ni ecely,Mr Rilex akan terangkan dulu Hukum Jenayah Islam.
Hukum Jenayah Islam ini terbahagi kepada 3 Hukum:Bukannya Mr Rilex mahu berceramah politik atau nak backup2 mana institusi,tapi sebagai orang Islam,Hukum Hudud mesti dilaksanakan,walaupun ade sesetengah pihak yang mengatakan hukum Hudud tidak sesuai lagi untuk dilaksanakan di Malaysia,seperti respon Datuk Seri Najib,Perdana Menteri kita mengatakan tindakan Pas membangkitkan semula isu hudud bertujuan menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada parti itu.Menurut beliau,isu lama itu terpaksa diungkit semula dengan harapan ia dapat menenggelamkan isu Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu yang menyifatkan pengganas komunis dalam peristiwa Bukit Kepong sebagai pejuang tanah air.Masalahnye,ini bukan mengenai isu nak pancing undi,atau isu nak ambil hati rakyat,tapi ini soal Hukum Allah!Hukum Allah wajib kita utamakan .Memang kalau Mr Rilex kata gini,mungkin ada yang akan kata,"Sekadar dalam kpala nak utamakan Hukum Allah ,tapi tak pikir cara yang sesuai untuk dilaksanakan,jangan la membuta tuli,kena buat kajian mendalam",Mungkin ade kot yang kata gitu,klu x ada,alhamdulillah saya ucapkan.
a)Hukum Hudud
b)Hukum Qisas
c)Hukum Ta'zir
A. HUKUM HUDUD
1. Pengertian Hudud;
(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegah.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.
Firman Allah SWT:
(تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿٢٢٩
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Al-Baqarah,229)
Jenis Jenis Jenayah Hudud Dan Hukumannya:
(a) Zina;
Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
(b) Qazaf (menuduh zina);
Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c) Minum arak;
Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
(d) Mencuri;
Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan
(e) Merompak;
Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara
(f) Riddah (murtad);
Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
Semua kena berpaksikan kepada satu pendirian bahawa Hukum Allah ini wajib dilaksanakan dan ikhtiar harus dicari bagi menyelesaikan permasalahan yang berkait dengan golongan bukan Islam.Pasti ada cara nya.
Saksikan penerangan Ustaz Azhar Idrus tentang Hudud Bagi Bukan Islam:
Soalan : Jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini adakah semua akan menjalani hukuman berlandaskan hukum Allah termasuk orang kafir atau hukuman terhadap mereka berlandaskan hukuman sivik?
Menurut Ustaz Azhar Idrus,perkara penting yang perlu diambil tahu oleh setiap orang ISLAM ialah…
"Setiap orang yang mengaku Islam WAJIB berazam dalam hatinya untuk melihat undang2 Allah terlaksana dalam negara. Kalau tak niat gitu, berdosa kita kepada Allah, Faham?” “…perjuangan untuk menegakkan Islam WAJIB sertai sekurang2nya dengan doa takpe dah. Jangan kita menyebelahi golongan yang memberi halangan dan tentangan kepada undang2 Islam daripada tertegak. Kalau sampai tahap tu MUNAFIQ…" : Ustaz Azhar Idrus.
Sebagai seorang Islam yang mengakui Allah Tiada Tuhan Yang Satu,Nabi Muhammad Pesuruh Allah ,eloklah korang semua hayati Firman Allah SWT yg bermksud:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦
(Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.(Al-A'raf,96) .Wallahua'lam.
Lihat sini untuk maklumat Hukum Jenayah Islam : (http://www.tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm)