Monday 29 August 2011

AidilFitri:Kemenangan Dan Fitrah!

Assalamualaikum!Akhirnya setelah sebulan melawan nafsu, mendidik jiwa mendekatkan diri dan menyucikan diri kepada Allah,kemenangan akhirnya menjadi milik kita!Namun,dalam perancangan unutk menyambut Aidilfitri,pasti ramai di luar sana yang sibuk menyediakan juadah di Aidilfitri,memasang perhiasan dan berbagai aktiviti demi memeriahkan suasana Hari raya.Namun,harus diingatkan,Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita,dan kita sepatutnya berasa sayu,rasa bersalah,dan rindu kepada Ramadhan,bulan penuh berkat.Tidak ada bulan yang lebih baik ,yakni bulan yang diberi promosi rahmat yang melimpah ruah,bulan penganmpunan,bulan yang dibuka kan pintu syurga seluas-luasnya,dan bulan pembebesan api neraka,sudah pun tamat!Menyesal lah bagi mereka yang terhantuk lalu terngadah,tapi ini lebih baik daripada mereka yang terhantuk tapi masih belum sedar perbuatan nya itu.Bagi mereka yang terasa ingin menggapai rahmat,pengampunan ,keredhaan dan syurga Allah,dan terasa amat bersalah kerana terlpeas banyak promosi ketika bazar Rahmat Ramadhan bermula,jangan risau!Allah masih lagi memberikan peluang kedua ,iaitu pada malam hari raya.rebutlah peluang ini sebaik mungkin,dan nikmatilah kelazatan nya di Akhirat kelak.Lets get going brothers!Berikut adalah Fadhilat Malam Hari raya:
 Fadhilat malam Hari raya:

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.[2]

Wallahu a'lam.
*Jom ,jom,jom,jom!Kita Heboh3x*


Thursday 25 August 2011

Coretan Dari Hamba Mu Yang Mengharap

Ya Allah!!Tidak ku sangka,begitu cepat Ramadhan kali ini melabuhkan tirai penamat.

Ku masih lagi belum puas menikmati kelebihan dan rahmat yang melimpah ruah

Namun,aku masih lalai,masih alpa,menggapai nikmat duniawi yang bersifat sementara,

Nikmat Sementara,

Ya Allah!! Di bulan yang diturunkan Al-Quraan ini,bulan yang mana segala pintu Syurga dibuka,dan segala pintu Neraka ditutup,dan syaitan dibelenggu,

Aku memohon pada Mu Ya Allah,berikan lah aku anugerah mu yang tak ternilai Ya Allah,yakni pengampunan dari segala dosa,dan pemberian rahmat,

Seperti mana pembalasan yang diberikan kepada orang yang bekerja untuk tuannya,

Kurnia kan lah kepada ku keredhaan Mu ,selama mana ku beramal sepanjang Bulan Mulia ini,

Kerdhaan Mu yang aku damba Ya Allah,

Jika suatu hari nanti,aku akan ditakdirkan meninggal dunia,maka ku pohon kepada Engkau agar semadilah daku bersama-sama dengan roh Ramadhan,.Ku ingin sekali kembali kepada Mu dalam keadaan yang Mulia,pada bulan yang Mulia,

Pertemukanlah daku dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan,yang lebih baik daripada seseorang yang memikul pedang berjuang di jalan mu Ya Allah selama 1000 bulan,

Dan aku terus mencari malam penuh rahmat tersebut seperti kata-kata kekasihMu,rasulMu,Habibullah dalam hadis Shahih Bukhari:‎"Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017] [H]

Ya Allah,akhirilah kami di penghujung Ramadhan dengan penuh kebaikan,dan sampaikan lah salam ku kepada Ramadhan yang akan datang,jika aku masih dalam golongan orang yang beruntung.Amin!!

Barakna Fiih!Ya Rabbal Alamin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management