Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Bola Sepak : Kenapa sampai Perlu Hina Bendera Malaysia Hahh??

Salam untuk korang !






Cube tengok gambar ni elok2 dan pikir jap,...











MRilex:  Alahai warga Indonesia yang cukup bengap ,ish3,sampai camtu sekali ea ? Tak cukup kain punya pasal,sampaikan duit pun takde nak gi beli kain buruk buat lap muka buruk tuh,pastu pandai plak ea datang mengemis kat Malaysia ? Wah Wah Wah,tahniah Indonesia . Kambing pun tak hina macam ni tau .Or memang korang nak try jadi kambing plak ?..O0o0o0o,.gitu . Kesian .( Tak reti wt ayat pedas)


Sapa Cari pasal Sebenar Nye NI ??

Pasal bola ? Wei,tolong la wahai Indonesia,aku tau Indonesia ni baik sebenarnye,tapi ade sesetengah dari korang nie yang berpikiran guna bola,bukan guna akal. Kalau setakat kerana bola ,korang mesti bermusuhan dengan Malaysia,ape gune ? Ko sampai nk makan ,hadam terus ke trophy tuh ? Malaysia pun kalau ikut perlawanan lepas,takde ah melenting gile2 kat Indonesia,padahal benda tu sebenarnye nak enhance diplomatic relationship antara negara yang dulunya serumpun jea ? Ape cer gini brader ? Pasal bola tu,boleh usaha lagi la,macam sekarang,akhirnye,Malaysia bertembung dengan Indo jugak mase final.



Ini lah typical yang selalu berlaku bile pertembungan Malaysia dan Indonesia,.asal bertembung dengan Indonesia,.mula dah otak, perasaan,hati ini jadi terbayang ,akan wujud gak elemen ketidak-puas -hatian tuh .Benci aku.MR bukan benci apa,just bile bertembung dengan sek2 mung dalam sukan bola nih,mungkin sikit je ade semangat kesukanan tapi semangat keperangan makin mebuak buak !

Ade MR dengar dari satu sumber blogger gak,yang mana ,beberapa hari yang lepas,sebelum start perlawanan peringkat kumpulan,ade komen penyokong Indonesia kate diorang siap sedia gempur Malaysia kalau Indo kalah peringkat kumpulan . Walaupun benda ni belum tentu shahih,tapi kite boleh nampak dari situ betapa semangat gempur ke atas Malaysia ni cukup positif ! Weh,malu la sikit,sebab kalah bola,nak gempur .MAce ponde jah! Sorry to say,MR really dare to say that you all adalah berani menjadi bodoh ! 




MR ade agi mau membebel,tapi tak padan lah.Last but not least,layan video Sukan Sea Games >Perlawanan Pencak Silat Antara Pesilat Vietnam Dan Penyokong Indo

Video Ini Menunjukkan Bagaimana Pesilat dari Vietnam diterajang oleh penyokong Indon ketika Perlawanan Pencak Silat Sukan Sea baru2 ini. >Terjah !






Moral : Kalau takde duit nak beli baju,pakai je dulu kain langsir ke,pembalut meja kea.
Meh mengemis kat Malaysia la dulu,nanti Mr upah cuci longkang tuh,dapat duit sket,bleh shopping kat pasar sayur.




Kew korang ade pendapat berlainan ? Komen bawah .






Thursday, 3 November 2011

Liga Juara Eropah - Lionel Messi Bangkitkan Kemenangan Barcelona dengan Viktoria Plzen

Salam untuk korang !









PRAGUE -- KAWAL.. Penyerang Barcelona Lionel Messi (kanan) mengawal bola dari dirampas Vaclav Pilar (kiri) pemain Viktoria Plzen dalam perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah di Synot Tip Arena, Republic Czech.


Barcelona menang 4-0 hasil jaringan 3 gol daripada Lionel Messi pada minit ke-24 menerusi penalti, minit ke-45 dan minit ke-90 manakaal satu gol lagi dijaringkan oleh Cesc Fabregas pada minit ke-72 perlawnaan. 


Viktoria Plzen terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila M. Cisovsky dibuang padang setelah menerima kad merah pada minit ke-22 perlawanan.


KEPUTUSAN LAIN-LAIN PERLAWANAN:


KUMPULAN A:
Bayern München 3-2 Napoli
Villarreal 0-3 Manchester City


KUMPULAN B:
Trabzonspor 0-0 CSKA Moskva
Internazionale 2-1 Lille


KUMPULAN C:
Manchester United 2-0 Oţelul Galaţi
Benfica 1-1 Basel


KUMPULAN D:
Olympique Lyon 0-2 Real Madrid
Ajax 4-0 Dinamo Zagreb


KUMPULAN E:
Valencia 3-1 Bayer Leverkusen
Genk 1-1 Chelsea


KUMPULAN F:
Arsenal 0-0 Marseile
Borussia Dortmund 1-0 Olympiakos 


KUMPULAN G:
APOEL 2-1 Porto
Zenit 1-0 Shakhtar Donetsk


KUMPULAN H:
Viktoria Plzeň 0-4 Barcelona
BATE 1-1 AC Milan




SUMBER : SinarHarian

Wednesday, 2 November 2011

ANJING PUN DAH DIKLON OLEH SAINTIS


SAINTIS HASILKAN 8 KLON ANJING LIAR


SEOUL – Saintis sel stem Korea Selatan, Hwang Woo-suk memperkenalkan lapan klon anjing liar atau koyote semalam dalam satu projek tajaan pihak pentadbiran wilayah Gyeonggi.
Woo-suk menghantar klon-klon itu ke sebuah pusat perlindungan haiwan liar di bandar Pyeongtaek, 50 kilometer ke selatan ibu kota Korea Selatan di sini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Gabenor Wilayah Gyeonggi, Kim Moon-soo.


HWANG Woo-suk (kanan) dan Kim Moon-soo (dua dari kanan) memegang anjing liar yang diklonkan di sebuah pusat perlindungan haiwan liar di Pyeongtaek, Korea Selatan



Saintis itu pernah dianggap sebagai wira negara sebelum beberapa penyelidikannya bagi menghasilkan sel stem manusia daripada klon embrio didapati palsu.
Namun, kajiannya dalam menghasilkan klon anjing pertama di dunia, Snuppy, pada 2005 disahkan oleh beberapa pakar dan pihak berkuasa.
Satu kenyataan pejabat gabenor berkenaan menyatakan, Hwang mengambil sel-sel kulit koyote yang dimasukkan ke dalam telur seekor anjing untuk mencipta klon haiwan liar tersebut.
Klon koyote pertama dilahirkan pada 17 Jun lalu.
Sebelum ini pakar-pakar Korea Selatan telah mengklonkan haiwan lembu, kucing, anjing, babi dan serigala.
Seekor serigala yang diklonkan itu mati pada 2009. – AFP

p/s : Ni Baru anjing, tak lama lagi,ape plak ?,.manusia ? haha,.teknologi :)


Credit to : Encik Nakal  


Monday, 24 October 2011

Alien Dikesan Di Hutan Amazon?



     Satu entiti misteri,yang didakwa sebagai "Alien" atau lebih mesra dipanggil makhluk asing telah dirakam dalam sebuah video oleh dua orang pelancong asing berbangsa British ketika melawat Manaus,satu daerah di kawasan hutan  Amazon.


      Gambar ini mencetuskan sensasi dan perdebatan hangat dalam kalangan peminat paranormal dan pengkaji makhluk asing seluruh dunia. Jom tengok gambar yang telah di zoom dibawah :


       Gambar menunjukkan makhluk asing ( Alien ) berdiri berhampiran pokok.
    Cahaya aneh berwarna kebiru biruan,dikatakan berasal dari "spaceship" atau kapal angkasa milik "alien" yang mendarat.


      Apakah cahaya tersebut yang bersinar di dalam kegelapan hutan ?


Hutan Amazon memang sejak dahulu lagi terkenal sebagai hutan yang banyak menyimpan khazanah dunia yang cukup misteri dan belum lagi diterokai manusia sepenuhnya. Hutan ini dikhabarkan penuh dengan hidupan dan binatang yang aneh dan belum direkodkan dalam sejarah manusia,dan Alien atau makhluk asing juga dikatakan menghuni di dalam kawasan ini.


So,pe komen korang? Mr Rilex bleh gerenti mesti ramai yang akan kata,ni just guna adobe photoshop or adobe after Effect an? Tetapi,try fikir luar pada kotak sket ya ?


SUMBER : Majalah9

Sunday, 23 October 2011

Gadaffi-Detik Detik Akhir



SIRTE - Imej ngeri menunjukkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berlumuran darah dan ketakutan semasa diheret oleh pemberontak tersebar dengan cepat di seluruh dunia selepas kematian dramatik pemimpin itu di bandar kelahirannya di Sirte, kelmarin.

Walaupun cerita tepat mengenai kematian Gaddafi masih kabur dengan pelbagai kenyataan bercanggah dikeluarkan pemberontak dan kerajaan baru Libya, rakaman detik-detik terakhir hidup Gaddafi yang penuh kekecohan memberi sedikit petunjuk mengenai apa yang berlaku.

Berdasarkan rakaman itu, Gaddafi masih hidup semasa ditangkap sedang bersembunyi di dalam terowong air di Sirte. Video dirakam seorang pemberontak itu menunjukkan Gaddafi seperti dalam keadaan keliru dan tercedera semasa rambutnya ditarik dan diheret turun dari bonet sebuah kenderaan.

“Pastikan dia hidup, pastikan dia hidup!” adalah antara jeritan yang dapat didengar di dalam rakaman itu sebelum Gaddafi hilang dari pandangan kamera dan bunyi tembakan kedengaran.

“Mereka menangkapnya hidup-hidup dan semasa dia dibawa pergi, mereka memukul dan membunuh Gaddafi. Mungkin dia melawan,” menurut seorang pemberontak.

Bercanggah dengan rakaman ditunjukkan, kerajaan baru Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengeluarkan kenyataan ramsi bahawa Gaddafi terbunuh semasa tembak-menembak berlaku antara penyokongnya dan pemberontak selepas beliau ditangkap.

Menurut siasatan forensik yang dibacakan pemimpin NTC, Gaddafi maut terkena tembakan di kepala. Namun kerajaan sementara Libya itu menegaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan supaya Gaddafi dibunuh.

Hari terakhir Gaddafi bermula sebelum Subuh apabila dia dengan ditemani pengawal peribadi berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemberontak di Sirte dan bergerak menuju ke barat. Mereka tidak sempat pergi jauh.

Ini kerana konvoi itu diserang jet pejuang Perancis berhampiran Sirte. Kesan serangan dapat dilihat lebih kurang tiga kilometer di barat Sirte, apabila wartawan menyaksikan 15 trak dipenuhi senjata api terbakar berhampiran stesen janakuasa elektrik kira-kira 20 meter dari jalan raya utama.

Menurut pemberontak, Gaddafi dan tenteranya kemudian meninggalkan kenderaan mereka dan berjalan kaki, dengan berlindung di belakang pokok sebelum bersembunyi di dalam dua terowong di saluran air bawah tanah.

Pemberontak yang memburu kemudian menjumpai terowong itu dengan seorang daripada pengawal Gaddafi menjerit memaklumkan ‘Tuan saya ada di sini’ dan meminta bantuan kerana Gaddafi cedera.

“Kami pergi ke arah longkang itu dan membawa Gaddafi keluar. Dia berkata ‘Apa masalahnya? Apa yang sedang berlaku?’ dan kami membawanya masuk ke dalam kereta. Semasa ditangkap, Gaddafi telah pun cedera ditembak di kaki dan belakang badan,” menurut seorang pemberontak, Bakeer.

Cerita Bakeer itu disahkan beberapa pemberontak lain yang bersama-sama menangkap Gaddafi tetapi ada pula yang mendakwa tentera Gaddafi sendiri menembak pemimpin itu di dada.

Pegawai NTC, Abdel Majid Mlegta pula berkata, Gaddafi cedera selepas pertempuran dengan pemberontak di Sirte dan meninggal dunia semasa di dalam ambulans kerana pendarahan di perut.

Seorang lagi pemberontak yang ditemui menunjukkan pistol emas berukir didakwa dirampas dari Gaddafi semasa penangkapan pemimpin itu.

Sehingga semalam, pengebumian Gaddafi ditangguhkan beberapa hari sehingga lokasi terakhir ditentukan.

“Saya mengarahkan mayat Gaddafi, yang kini berada di Misrata, disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari, untuk memastikan semua orang tahu Gaddafi telah meninggal dunia,” menurut Menteri Petroleum NTC, Ali Tarhouni semalam.

Walaupun pelbagai cerita mengenai pembunuhan Gaddafi tersebar, namun kenyataannya, pemimpin yang menjadi ikon negara Afrika itu telah pun meninggal dunia dan kematiannya membuka episod baru di dalam kehidupan rakyat Libya.

Kematian Gaddafi mungkin disambut dengan sorakan rakyat Libya, tetapi adakah mereka akan terus bersorak selepas ini apabila ekonomi negara mereka dicengkam kuasa Barat dan adakah mereka akan terus bersorak apabila kerajaan baru negara tidak dapat dibentuk akibat pergaduhan pelbagai puak berbeza di Libya?

Hanya masa akan menentukan.



SUMBER: Sinar Harian

Friday, 21 October 2011

Mangsa Langgar Lari Digilis Van Meninggal Dunia


Akhirnya, Yue Yue Meninggal Dunia!

GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.

Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.

Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.

Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.

Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.

“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.

“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.

Yue Yue x berdosa,dan dia juga terselamat dari azab api neraka Allah

Anda rasa apa yang pemandu van yang telah melanggar Yue Yue akan kata bile dia tau Yue Yue dah meninggal ?

Hmm,....

Suke kott,..



Click disini :Yue Yue Dibunuh Kejam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management