Tuesday 6 September 2011

Wartawan Bernama Noramfaizul Syahid di Somalia


Ketika kebanyakan rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan sanak-saudara masing-masing, terdapat beberapa orang yang menyambut Aidilfitri di suatu tempat yang asing, tidak ada saudara-mara dan penuh dengan konflik serta bahaya. Sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada doktor, media dan beberapa sukarelawan lain bergadai nyawa dan keselamatan datang ke Somalia bagi memberikan 'talian hayat' kepada rakyat somalia yang kebuluran. Sejak sekian lama, negara somalia tidak henti dari menjadi mangsa krisis makanan. Sebelum Malaysia memberikan bantuan di sana, negara Turki telah menjadi pemula kepada misi bantuan makanan di sana.

Namun, negara kita digemparkan dengan kematian seorang jurukamera dari 'BERNAMA' iaitu Almarhum Noramfaizul Mohd Nor. Menurut berita, beliau ditembak curi ketika dalam misi bantuan di Mogadishu dan sedang membuat liputan di sana.


Menurut sumber, misi bantuan ke Somalia bermula 28 Ogos 2011 yang lepas dan akan berakhir pada 7 September 2011.

Kita doakan semoga roh almarhum Noramfaizul ditempatkan oleh Allah SWT bersama-sama dengan golongan syuhadah. Beliau adalah seorang wira dan kematian almarhum adalah sebagai syahid kerana kematiannya berlaku ketika sedang menjalankan kerja-kerja kebajikan membantu mereka yang kebuluran dan kesusahan. Ditambah lagi apabila almarhum menemui Rabb-Nya di hari yang Mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Buat keluarga almarhum, saya mengucapkan takziah dan harapan saya supaya mereka dan bersabar, redha dan tabah menghadapi pemergian Noramfaizul.

Saturday 3 September 2011

Gambar Manusia Bersolat

Assalamualaikum!

Zaman sekarang,bila bawa kereta,tiba tiba jem teruk tengah jalan.Berpuluh-puluh kereta duk beratur di traffic light, menunggu giliran untuk pulang ke rumah selepas penat bekerja,tapi disebabkan kesesakan lalu lintas,mereka sabar.Sungguh murni sifat itu!Sifat sabar adalah sifat ahli syurga!

Jam menunjukkan pukul 4.40 ptg,menandakan masuk waktu Asar,bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengan nya.

"Aish,nk buat camne ek?Nak tunggu traffic jam ni,memang lame lah,ape patut aku buat ek,solat dulu ke or just tunggu sampai traffic jam habis je?,.hmm,.xpe,.bleh qadha jew,lgpun,,kalau ak solat dlu,takot2 habis kereta aku kena marah kat orang,duk buat roadblock tgh jalan,tak pasal2 malu pulak muka aku nih."


"Tapi,boleh jew kan solat dalam kereta,air botol mineral pun ada 3 botol lagi nih,bleh je buat ambik wudhuk.Haa,meh la kejap solat dalam kereta"

Kalaulah kita semua (Berpesan termasuk tuan empunya diri juga) dapat buat macam dalam dialog tadi,alangkah hebatnya Islam itu sendiri dan keimanan kepada Allah.Saya rasa takjub apabila melihat mereka ini dapat berbuat demikian :
























"Haish,aku sendiri pun takut2 lagi nak buat,inikan nak suruh orang lain buat.Tak payah suruh la,buat dulu,tu pun kalau ade keberanian"


(Berpesan pada diri sendiri dan orang lain)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management