Salam untuk korang !
Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”:(Bukhari dan Muslim)
Dalam satu hadis yang panjang,Rasulullah sendiri pernah disihir :
1262 - Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang Sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seakan-akan air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerah-merahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya .
Sihir ? Hah ! Ramai yang dah terkena ,..Even student,surirumah,datuk,nenek,tua,muda.Kebanyakan mereka semua nya memilih untuk menggunakan khidmat jin setan laknatullah nih,semuanya kerana nafsu,dan duniawi.Tak terkecuali DENDAM !
Artis,datuk pun tak heran kalau stakat nak pakai bomoh nih .Jadi,sebagai manusia,kita tidak tahu niat orang tu camne,and ape yang dia niatkan dalam hati. Mungkin ade la kan,dalam kalangan orang yang terdekat dengan anda sekalipun,yang anda anggap,"Fuh,ko ni baik betul,belanja aku makan nasi ".Lepas makan,HABIS !
So,untuk itu,baca Bismillah dulu kea .Sebab tu lah,kita kena sentiasa mengamalkan langkah berjaga jaga sebab kita tak tahu siapa yang dengki kat kita nih.Apatah lagi,kalau korang ni dikenali ramai.Mula la,ade yang jealous situ,jealous sini. Adoi .
So,hari ini,Mr RIlex ingin tunjukkan doa yang diajar oleh Ustaz Negeri Penyu Kiteeeee,sape lagi kalo bukan ,..Ustaz Azhar Idrus atau FB nye: Ustaz Azhar Idrus (Original )
Doa Elak Sihir,Jauhi dari Dengki manusia
p/s :Jangan malu2 untuk tinggalkan komen,dan jangan lupe untuk tekan iklan di sebelah :TQ!
Moga Memperolehi Ilmmu yang Bermanfaat :)
Pesanan Penaja Kpd : Diri Sendiri dan Korang Semua !:)
Wassalam !