Showing posts with label Trivia dan Fakta. Show all posts
Showing posts with label Trivia dan Fakta. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

HAH??!! Tanda Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina ??

Salam Untuk Korang !








Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda RasuluLLAH SAW :

“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)








Entry kali ini,MR (MRilex)  akan kongsi kan sikit tentang tanda tanda korang yang lelaki nih telah dicintai oleh jin betina . Ye arh ,jin betina ni pun macam manusia gak,ade nafsu,ade keinginan untuk bersama pasangan yang dicintai,tapi takkanlah dengan manusia diorang nak bercinta jugak ?? Arghhh! TIDAKKK! 


Jadi,sape2 yang rase tanda-tanda dan simptom-simptom dibawah ade kena mengena ngan korang,baik korang start buat solat hajat,mintak pertolongan Allah cepat2 . Tak pasal2 plak ade yang menimang anak yang bermuka HARISIA ( HArimau+ Manusia )






WARNING ! : MR mengaku artikel ini juga di ambil dari entry orang lain dan akan dicreditkan  kepada orang tersebut .Jadi ,tidak akan timbul isu mencuri hak orang lain tanpa kebenaran atau menggangap ini adalah entry asal MR .Harap Maklum !







Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:



1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.


3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)


3. Anda suka bersendirian berjalan malam.


4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.


5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.


Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.


Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.


6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.


7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…


8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.


Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)


9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.


Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.


10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.


11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.


12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.


Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.


13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.


14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.


15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.


16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.


17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.


Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.


18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.


Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.


19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya…


Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.


Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.



Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/11/ketahui-tanda-tanda-seorang-manusia.html#ixzz1eIhA9X4H














Thursday, 17 November 2011

Rahsia Kaabah Yang Anda Mesti Tahu !







Salam untuk korang !







"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."
(Al-Baqarah : Ayat 127)


Hari ni.MR (Mr Rilex) akan share kan beberapa info mengenai Rumah Allah paling mulia dalam dunia . Sebagai umat Islam,antara rukun Islam yang wajib dilaksanakan adalah menunaikan haji bagi yang mampu .Mampu ini bermaksud cukup tenaga,cukup masa,punya duit,dan berupaya .( Kalau salah,tolong betul kan )

  Hanya Allah AzzaWajalla saja yang tahu betapa rindunye hati ini untuk berada di rumah Allah yang paling dirahmati . Sangat2 beruntung sesiapa saje yang boleh melihat Kaabah secara dekat ,maupun sekejap,apatah lagi melawat ,berpeluang beribadah di sane /Masya Allah !



Trivia Special Mengenai Kaabah !



  • Kaabah merupakan kiblat kedua umat Islam selepas Allah memerintahkan Rasulullah bertukar arah kiblat daripada Masjidil Aqsa di BaitulMaqdis (sekarang Jerussalem)
  • Kaabah ditutupi oleh kelambu yang berwarna hitam yang dikenali sebagai "KISWA" yang dibuat khas dan ditukar setiap tahun.Ditempah khas dari kilang yang berada di Mekkah,Ayat-ayat Al-Quran yang ditenun di sekeliling kiswah dengan menggunakan benang emas asli seberat 120kg.Ukuran keseluruhan kain kiswah ialah 658 meter persegi.

















1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi,doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



Subhanallah ! Moga2 Kita Semue dipanjang kan umur agar berpeluang untuk juga menikmati ibadah di sana satu hari nanti.Insya Allah !



p/s : Ape pendapat korang ?Meh komen bawah jap 

Click di Bawah ni sebagai Tanda Terima Kasih !









Wednesday, 2 November 2011

Fakta : Jangan Menghadap Komputer LEbih Dari 5 Jam !

Salam untuk korang !




Kali ini,artikel Mr Rilex adalah mengenai Bahaya nya Menghadap Komputer Selama 5 jam !
Kenapa ?? Kenapa >> Haha,mungkin itulah dalam benak fikiran korang 
Baca nih:



Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal.

Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.


Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.


 “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalamExaminer, 20 April 2011.


Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis. 

Mr Rilex says :" Jadi ,admin berpesan pada diri sendiri dan korang agar kalau hampir mencecah 5jam korang main computer,cuba main benda dulu .haha:)


p/s : Mr Rilex sendiri main lebih 5 jam,nak buat macam mana,Facebook lagi,Blog lagi, ,namun Mr Rilex cuba kurangkan :) Hehe


Komen anda amat dialu alukan dan jangan lupa untuk click pada iklan di sebelah sebagai tanda terima kasih anda :) Cheers !



Credit to :MalaysiaScore

Rahsia Unsur Alam Dalam Diri Lelaki

 Salam Untuk Korang !

Kali ini,Mr RIlex ingin kongsikan tentang rahsia elemen yang ada pada lelaki :) Jom Baca !


Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur


(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan


(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh

(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas

(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas









TANAH


Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang


 menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak


 tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.






(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)


Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati,


 boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh


 pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas,


 tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya


 tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.












AIR


Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam


 perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap


 siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.





(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)


Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah


 terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat


 seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai


, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat


 dan agak kurang faham.










API


Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan


 kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi,


 kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke 


arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan


 berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan. 






(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)




Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus,


 menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru 


dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan.


 Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif.


 Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.












ANGIN




Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian


 (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat


 orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai


 kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan


 fakta dan figura.





(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)




Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai


 tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada


 fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang,


 bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah,


 kreatif, sederhana.









** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah


Sumber : Blogger

Thursday, 20 October 2011

25 Trivia Menarik Dalam Islam

Assalamualaikum

Terdapat 25 Trivia menarik yang dapat saya kongsi mengenai Islam.Banyak dalam kalangan kita masih tidak tahu mengenai fakta-fakta berikut.Mungkin korang semua boleh baca dan fahamkan khususnye kepada non-muslim:

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.(http://www.dailymail.co.uk/news/article-1324194/Mohammed-popular-baby-boys-ahead-Jack-Harry.html)

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

(http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/4385768.stm,Berdasarkan kajian tahun 2005 adalah 70 %)

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.( terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh,zaman pemerintahan Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki)

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul tak?

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

21.Nabi Muhammad SAW melaksanakan ibadah haji hanya 2 kali dalam hidupnya

22.Islam menyebar ke bumi nusantara ketika Nabi Muhammad masih hidup

23. Para pengkaji astronaut telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan tindakbalas radiasi yang berpusat di kota Mekah,lebih tepat adalah berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tiada hujungnya ), radiasi tersebut menembusi planet marikh dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat(BaitulMakmur).
Spoiler for sumber:(www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

24. Hajar Aswad(batu berhampiran Kaabah,Mekah) itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

25. Al-Qur'an adalah buku terlaris di benua Eropah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management