Showing posts with label Hiburan dan Artis. Show all posts
Showing posts with label Hiburan dan Artis. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Artis Pakai Tudung,Mimpi Hari Kiamat ?

Salam Untuk korang semua !

Stakat ni,ape yang Mr Rilex tahu,hanya Diana Amir je yang berubah imej ke arah bertudung sebab mimpi hari kiamat..Rupe rupenya,ada lagi seorang lagi artis yang bermimpi tentang hari kiamat dan berubah imej ke arah bertudung.








                                                                  DIANA AMIR
     Siapa la yang tak kenal dengan h0t chick yang pernah berlakon dalam Sunsilk: Impian Ilyana nih. Dengan tubuh badan yang ramping,pakai plak skirt paras paha,laki mane tak terliur dengan Diana Amir yang menggiurkan nih ,Tapi Alhamdulillah,sekarang,dia sudah memulai hijrah nye dengan bertudung .Lihat apa kata Wardina Saffiyah dalam Facebook Official Page nye mengenai Diana Amir :






Cantik kan kalau bertudung ? Mr Rilex pun nak kalo gini,I Loike :)


Haha ! Cute,cantik ,lawa ,Solehah ! Dan ini pula adalah tweets Kak Wardina Saffiyah tentang Diana :








Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

Hehe,korang jugak bleh nak tweets Pelakon yang telah berubah kerana Allah ini dengan link nih :

Diana Amir Twitter 





 Dan artis kedua yang telah mula pakai tudung,memang konfem korang pernah tengok dia lah,femes gile dalam Sinetron kat TV9 tuh :


                                    MARSHANDA "CHACHA" ANDRIANI
                                                                  

Dalam blognya di amarshanda.com, pada 27 November 2010, Marshanda “Chacha” Andriani iaitu seorang pelakon Indonesia (terkenal dengan cerita Soleha), ada menulis tentang sebab mengapa dia sudah memakai tudung jilbab.
Ura-ura yang mengatakan bahawa beliau mula memakai tudung kerana bermimpi kiamat telah diakui oleh beliau sendiri. Dia mengatakan bahawa dia telah bermimpi bahawa dunia ini kiamat selama 5 malam berturut-turut.
Seperti telah dirancang kan? 5 malam berturut-turut pula tu. Begitulah kalau hidayah dari Allah sudah sampai, dalam waktu sebentar manusia boleh berubah, dan kejadian yang berlaku pun seperti luar biasa. Tidak masuk akal terjadi dengan sendirinya 5 malam berturut-turut dengan mimpi kiamat melainkan adalah peringatan atau tanda-tanda dari ilahi.
Mungkin berkat Marshanda berlakon drama-drama yang berunsurkan islamik dan memegang watak sebagai wanita solehah, dan didoakan oleh peminat-peminatnya maka dia mendapat hidayah. Apa-apa pun semuanya adalah kehendak Allah. Kita tumpang bersyukur lah ke atasnya.
Apa yang difikirkannya dalam mimpi-mimpi itu, “Ya allah, sekarang ini kiamat, sementara dosa gw tuh banyak banget, kalo saya mati sekarang it’s for sure pasti saya masuk neraka.”
Alhamdulillah, dia sudah mengambil langkah yang sangat bagus sekali.  Dan semoga dia dapat istiqomah hingga ke akhir hayat …….

P/S:So,untuk "wanita -wanita solehah" kat luar tuh,korang bile lagi nak sampai seru nih ? :P



CREDIT TO : atiqsalleh

Khairul Fahmi (Apek) - Penjelasan Isu Botol Arak ?

APA PENJELASAN APEK MENGENAI ISU BOTOL ARAK ?

Setelah tersebarnya gambar penjaga gol bagi pasukan The Red Warrior itu bersama Dahlia TEck di sebuah restoran terkemuka di Bukit Bintang,Apek terus dihentam dengan spekulasi negatif oleh segelintir pihak,apatah lagi pada gambar tersebut ada terpampang dengan jelas minuman botol yang berjenama tidak halal.Justeru itu perkara ini menjadi tanda tanya bagi setiap orang yang melihat gambar tersebut.





Wartawan mynewhub.my melaporkan 


Penjaga gol pasukan Malaysia itu juga ketika dihubungi Mynewhub.my berkata,beliau buat masa enggan menjawab sebarang siu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian terhadap persiapan pasukan negara untuk Temasya Sukan Sea di Indonesia.


"Bro (wartawan),bagi saya fokus game (permainan) dulu,saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu. "Nanti selepas game,saya boleh jelaskan,"katanya melalui sistem ringkas.

 Pasukan bola sepak bawah 23tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke 26 pada jumaat ini.




Gambar Apek berhibur dengan Dahlia dan kawan-kawan di sebuah restoran eksklusif,Werner's di Changkat Bukit Bintang baru baru ini disiarkan beberapa blog hiburan ternama negara seperti Oh!Bulan,Rotikaya.com dan Media Malaya.com.


Laman web On!Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai bebrapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.


"Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja namun dalam gambar menunjukkan bebrapa botol minuman keras yang sudah dibuka,"kata laman web hiburan terkenal itu.


Bagaimanapun,Oh!Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap APex dan Dahlia.Apex juga tidak dilihat memegang atau meneguk sebarang minuman dalam gambar tersebut.


Penyiaran gambar itu bagaimanapun mengundang kritikan yang pedas daripada anggota masyarakat .Apex sebelum ini bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi bagaimanapun pertunangan itu putus Ogos lalu.


p/s :Cuba berfikiran positif,mungkin tu bukan botol Arak,n tu botol air Barbican,hehe :)


Credit To :asyrafasnawi.com

Monday, 24 October 2011

Review:Hantu Bonceng 2011


Maaf sekiranya review ini sedikit terlewat. Walaupun Hantu Bonceng telah lama ditayang, saya baru sahaja menonton Hantu Bonceng semalam. Jujur saya katakan, saya kurang gemar menonton filem Melayu melainkan filem tersebut mendapat pujian yang melambung seperti Adnan Sempit dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Dalam review ini, saya akan kupas beberapa perkara tentang Hantu Bonceng. Kemudian anda putuskan lah sendiri sama ada filem tersebut perlu ditonton atau tidak.

Unsur seram
Dah nama tajuk pun hantu, tak kan lah cerita ni sedikit pun tak seram. Filem ini mengisahkan Amran (lakonan Zizan) yang merupakan seorang Mat Rempit. Di permulaan filem ini, Amran berjaya memenangi perlumbaan haram dan mendapat seorang bohsia sebagai ganjaran. Malang tidak berbau, mereka dilanggar lori ketika dalam perjalanan pulang. Oh, Amran terselamat, tetapi bohsia tersebut tidak.
Semenjak itu, Amran terus diganggu hantu jelmaan bohsia tersebut. Dalam filem ini, terdapat beberapa adegan saspens dan juga ‘close up’ wajah hantu Juliana Evans. Juliana Evans memang cantik, tetapi tidak semasa dia menjadi hantu. Bagi yang bercadang nak bawa anak kecil menonton Hantu Bonceng, pastikan anda dah bersedia untuk menutup mata anak anda ketika situasi-situasi saspen.



Unsur komedi
Macam saya kata sebelum ini, saya tak minat menonton cerita Melayu. Tetapi gandingan Zizan dan Juliana Evans yang cun berjaya membuka pintu hati saya sedikit sebanyak. Dalam hati memang risau juga andai kata Hantu Bonceng akan mengikut jejak langkah Lu Fikirlah Sendiri.
Saya peminat Maharaja Lawak, peminat Nabil, dan peminat Jozan. Tetapi saya sedikit pun tak tergelak semasa menonton Lu Fikirlah Sendiri The Movie. Saya sedikit pun tak tergelak apabila menonton Zizan Show. Selama ini, saya rasa Zizan hanya mampu member lawak komedi yang berkesan dengan kehadiran Johan. Dan saya risau dalam filem Hantu Bonceng, Zizan tidak mampu menyengat tanpa kehadiran Johan.


Ternyata saya salah. Lawak komedi yang dipamerkan Zizan dalam Hantu Bonceng memang mantap dan berkesan. Memang lawak filem ini. Dari awal sehingga ke penghujung saya sentiasa mendengar gelak ketawa dari penonton. Dan ada juga penonton yang ketawa mengilai. Huh, menyeramkan. Bagi peminat Jambu Maharaja Lawak dan Zahid, pastikan anda menonton filem ini kerana terdapat beberapa babak yang menampilkan mereka.
Anda pernah tonton Adnan Sempit? Bagi anda cerita itu lawak? Sekiranya ya, anda akan rasakan Hantu Bonceng lebih lawak.
Unsur sosial
Dari segi watak utama, Hantu Bonceng mempunyai persamaan dengan Adnan Sempit di mana kedua-duanya ialah Mat Rempit. Jadi dalam Hantu Bonceng anda tidak dapat lari dari istilah-istilah yang kurang sesuai untuk didengari kanak-kanak yang belum matang. Tetapi jangan risau, cerita ini menyampaikan beberapa pengajaran kepada penonton. Walaupun pengajaran yang disampaikan tidaklah sekuat mana, tetapi sekurang-kurangnya cerita ini tidak mengajak penonton menjadi Mat Rempit.
Jalan cerita
Sekiranya dibandingkan Adnan Sempit dan Hantu Bonceng, jalan cerita Adnan Sempit lebih menarik dan sedap. Walaubagaimanapun, jalan cerita Hantu Bonceng masih lagi menarik dan terdapat sedikit ‘twist’ dalam cerita tersebut.
Sepanjang menonton, soalan ini akan berada di kotak fikiran anda,
• Siapakah bohsia yang mati tersebut
• Mengapa hantu bohsia tersebut menggangu Amran
Anda ingin tahu jawapannya?
Anda benar-benar ingin tahu?
Senang sahaja. Pergi ke wayang terdekat dan tonton filem ini. Akhir kata, tahniah kepada Ahmad Idham kerana menghasilkan filem komedi seram yang tidak mengecewakan.
SUMBER : OhBulan

Lihat yang berkaitan : Hantu Bonceng :Apa maksud "APa Celupp" ?

Sunday, 23 October 2011

9 Wanita Seksi Korea Bakal Gempar Malaysia!

Hehe,mesti korang kenal sape ni kan?Kumpulan ni pun termasuk dalam group artist Mr Rilex paling minat taw,SNSD!
KUMPULAN K-Pop terkenal Korea, Girls Generation membuktikan kehebatan beraksi di pentas apabila berjaya menarik 20,000 peminat menyaksikan persembahan mereka.

Semasa konsert pada 24 Julai lalu kumpulan ini menyampaikan 32 lagu sambil menukar persalinan sebanyak tujuh kali dalam masa tiga jam persembahan.

Persembahan di Seoul itu sebahagian daripada konsert bergerak kumpulan ini di Asia Tenggara termasuk Singapura. Sementara itu, berita gembira buat peminat Girls Generation di Malaysia kerana kumpulan ini akan mengadakan persembahan mereka pada Februari tahun depan.


Inilah julung kalinya kumpulan sembilan wanita jelita dan seksi ini mengadakan konsert di sini.

Ini telah disahkan penganjurnya, Running Into The Sun (RITS) yang bertanggungjawab menganjurkan Super Junior - Super Show 3 di Singapore Indoor Stadium, 10 September lalu.
Buat peminat Girls Generation yang semakin ramai di Malaysia, inilah masanya mereka berpeluang mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert ini yang mula dijual hujung tahun ini.

Kumpulan ini mula menggegar dunia dengan tarian dan nyanyian yang aktif dan bertenaga sehingga menjadi ikutan ramai peminat di seluruh dunia.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona dan Seohyun.

Di luar negara, mereka digelar SNSD, singkatan daripada ‘So Nyuh Shi Dae’.

p/s:hehe,kalau bleh ,nak ada bini macam nie lah :)

KL Gangster 2 Lebih Gempak?


Setelah berjaya dengan kutipan pecah panggung RM12 juta melalui filem aksi, KL Gangster, Syamsul bakal mengarahkan KL Gangster 2 yang menjanjikan andrenalin yang lebih bertenaga.

Malah, filem yang akan menelan belanja sekitar RM3 juta itu turut menampilkan Rosyam Nor, sebagai tunjang utamanya.
Menurut Syamsul, dia sebenarnya sudah merisik Rosyam sejak KL Gangster namun disebabkan jadual pelakon tersebut padat, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.
“Jadi, apabila Rosyam memberitahu saya dia mempunyai masa untuk berlakon dalam KL Gangster 2, saya menganggap ia sebagai satu peluang yang tidak patut dilepaskan.
“Selain itu, saya masih mengekalkan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim serta Shoffi Jikan dalam filem ini.
Filem sekuel tersebut akan memulakan penggambaran pada November ini. sama-samalah kita nantikan kemunculan KL Gangster 2 ini

SUMBER: GilerKentang!

Sunday, 16 October 2011

Hantu Bonceng:Apa mksud "Apa Celup?"


Ini kali kedua aku tonton filem Ahmad Idham dengan meninggalkan rasa semacam lemau, atau rasa tak puas hati usai tontonan. pendek kata… FAIL.


Dulu aku menyesal tengok filem damping malam yg sumpah macam filem diarahkan oleh kambing. Filem hantu bonceng tak mencapai standard 8 juta, at least setanding KL gengster.
Filem Hantu Bonceng filem bajet murah, ambil kesempatan kefemesan Zizan. Makeup hantu pun low cost makeup pakai tepung gandung dan sirap aje. Jalan cerita simple, scene hantu stereotype, dan penggunaan teknologi low cost, sekadar jual lawak Zizan saja.


Kes “APa celop” ni yg aku rasa macam melebihi lawak ustaz tu. Ini semacam satu pembudayaan, atau pengembangan budaya lorong mat taib ke seluruh minda rakyat malaysia. Selama ni aku tak tahu wujudnya perkataan ini, sekarang aku dah tahu, semua sekali pemilik 8,000,000 RM  yg masuk panggung dah tahu kewujudan dialog mencarut ‘apa celup’ yg tagged si pencarut dengan kelass RM8juta.
Penggunaan apa celup adalah untuk mencarut, atau menunjukkan keterujaan yg maksima, atau apabila didatangkan situasi yg terlalu celaka. Aku malas nak quote sebutir-butir dari dialog Hantu Bonceng, tapi tengok sendiri korang akan dapat match penggunaan ‘apa celup’ dalam filem Ahmad Idham ini dengan penggunaan ‘what the f***’ dalam filem-filem barat …. you name it.
Apa celup adalah ‘what the fuck?’


  Celup adalah kata ganti lain untuk perbuatan memasukkan ** zone 18sx bermula, berhati-hati ketika membaca ** cendawan ke dalam salur peranakan female sehingga berjumpa kedua-dua tempat potong. Ianya menggambarkan proses tumbuk sambal tetapi dalam keadaan basah seolah-olah ianya dicelup-celup.
Mengambil kesempatan ke atas kefemesan perkataan celup, si tokk guna skrip ‘apa celup’ iaitu mengalih bahasa ‘what the f***’ apabila dia terkejutan, kepelikan, kegampangan, dan sudah habis kata menggambarkan dirinya yang f***ed up.


  Seterusnya, ini sebenarnya, mungkin tanpa sedar, adalah satu pembudayaan bahasa kotor di jalanan, pasar, rumah, sekolah dan di kawasan peranginan. Filem punyai efek ke dalam minda juga sikap masyarakat. Even budak sekolah pun boleh pergi terbang dan mati dari tingkat 12 sbb tonton Superman. Remaja di Malaysia pun sama, lebih-lebih lagi remaja sekarang suka bercakap, bercakap di hp, twitterm blog, fb dan sebagainya. Pembudayaan bahasa kotor ini akan lebih cepat tersebar.


  Seperti apa yang terjadi kepada perkataan ‘cer citer’, ‘dalam hati ada taman’, ‘kita bakor’, ‘bukan saya takut bini, tapi bini tak takut dgn saya’, ‘yg gitu-gitu’, ‘manis tak kurma itu?’ dan sebagainya. Semua yg disebut dalam ayat sebelum ini dikira okay sebab bukanlah mencarut, tetapi apa celup itu jelas mencarut.
Tak logik kalau ditranslate secara direct ‘celup’ yg digunakan tookkk (aku lupa nama dia dan malas nak cari) gemuk tu kepada celup biskut dalam air, atau celup berus dalam dakwat atau kucing celup lidah ke dalam air susu. Tak logik. ‘Celup’ pada perkataan ‘apa celup itu adalah celup lain macam. Kalau Azwan ali suka ‘apa neraka’ untuk what the hell, si tookkk guna ‘apa celup’ untuk ‘what the fuck.’


  Dan Ahmad Idham membawa predikat kotor ini ke dalam filem, manjadikannya satu tabiat sebuah watak lantas disebut berulang-ulang kali adalah pada aku tidak wajar.
Some of you may already know this very well. Tapi, aku baru saja tahu kewujudan apa celup. So, angguk sajalah kalau betul, jangan menyampah dengan kemunduran tahap sosial aku. Kalau tak betul, then kat bawah ada kotak komen.


   Lawak bab agama pada aku adalah rejaman sinis secara slapstik untuk kebanyakan orang yg mengamalkan agama jumud. PAda satu angle, ianya boleh mencuit hati untuk gelak dan juga otak untuk berfikir, pada angle lain mungkin kelihatan terlalu kurang ajar. Benda ni sebenarnya boleh terjadi pada apa-apa perspektif pun.


SUMBER : GilerKentang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management