Wednesday 26 October 2011

Download Now Raya Tak Jadi DVDRip (2011)

Raya Tak Jadi : Betul ke Tak Jadi ?



Pengarah Prof. Madya A. Razak Mohaideen kembali dengan buah tangan terbaharu khusus untuk peminat-peminat filem yang berkonsepkan komedi kekeluargaan.

Raya Tak Jadi menampilkan pelakon-pelakon komedi terkenal seperti Saiful Apek, Johan Raja Lawak, Jalaluddin Hassan, Wan sharmila, Noreen Noor dan ramai lagi.


Apek dan Johan Tunjang Utama

Dua filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen sebelum ini iaitu Ratu dan 4 Madu mendapat pelbagai kritikan. Namun, Raya Tak jadi nyata berbeza apabila jalan ceritanya dipenuhi dengan lawak-lawak lucu yang mampu mencuit hati penonton.

Filem ini nyata bersandarkan kekuatan kepada dua watak utama iaitu Saiful Apek dan Johan Raja lawak yang sememangnya diketahui mampu membuatkan penonton tidak kering gusi dengan lawak-lawak spontan mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan hidup mati filem ini bergantung penuh kepada lakonan mantap dua pelawak hebat ini.

Watak-watak pembantu yang mewarnai Raya Tak Jadi juga tidak mengecewakan sama sekali. Lakonan pelakon hebat Jalaluddin Hassan sebagai Haji Ehsan dilihat berjaya mewarnai jalan cerita filem ini. Kerinduan pasti terubat bagi peminat-peminat setia Noreen Noor apabila dia muncul buat julung-julung kalinya memeriahkan filem ini.

Secara keseluruhannya, Raya Tak jadi masih mengekalkan acuan dan formula kejayaan yang pernah dikecapi oleh filem-filem arahan Prof. satu ketika dahulu. Berbekalkan jalan cerita yang ringkas dan lawak-lawak spontan, filem ini menghidangkan hiburan ringan yang mampu menggeletek hati penonton.

Filem terbitan Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. ini bakal ditayangkan pada 15 September.


Sinopsis

Filem ini mengisahkan Leo, seorang ahli perniagaan Kurma merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan) atas sebab kontena kurmanya tidak sampai mengikut jadual dan mengalami kerugian. Leo mengarahkan Ali dan Abu untuk menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).

Shuib mempunyai seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) dan mereka terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan.

Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.



DOWNLOAD NOW!


Panduan :

Gunakan Leech Site untuk tukar link dibawah menjadi premium link (Direct link),Baru download laju.

Tak Tahu Menggunakan Leech Site ?  Click sini!: Apa itu Leech dan kehebatannya





DOWNLOAD !





Filesonic (700.28mb)


UploadStation


                                                                      Wupload









                            

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management