Monday, 24 October 2011

Review:Hantu Bonceng 2011


Maaf sekiranya review ini sedikit terlewat. Walaupun Hantu Bonceng telah lama ditayang, saya baru sahaja menonton Hantu Bonceng semalam. Jujur saya katakan, saya kurang gemar menonton filem Melayu melainkan filem tersebut mendapat pujian yang melambung seperti Adnan Sempit dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Dalam review ini, saya akan kupas beberapa perkara tentang Hantu Bonceng. Kemudian anda putuskan lah sendiri sama ada filem tersebut perlu ditonton atau tidak.

Unsur seram
Dah nama tajuk pun hantu, tak kan lah cerita ni sedikit pun tak seram. Filem ini mengisahkan Amran (lakonan Zizan) yang merupakan seorang Mat Rempit. Di permulaan filem ini, Amran berjaya memenangi perlumbaan haram dan mendapat seorang bohsia sebagai ganjaran. Malang tidak berbau, mereka dilanggar lori ketika dalam perjalanan pulang. Oh, Amran terselamat, tetapi bohsia tersebut tidak.
Semenjak itu, Amran terus diganggu hantu jelmaan bohsia tersebut. Dalam filem ini, terdapat beberapa adegan saspens dan juga ‘close up’ wajah hantu Juliana Evans. Juliana Evans memang cantik, tetapi tidak semasa dia menjadi hantu. Bagi yang bercadang nak bawa anak kecil menonton Hantu Bonceng, pastikan anda dah bersedia untuk menutup mata anak anda ketika situasi-situasi saspen.



Unsur komedi
Macam saya kata sebelum ini, saya tak minat menonton cerita Melayu. Tetapi gandingan Zizan dan Juliana Evans yang cun berjaya membuka pintu hati saya sedikit sebanyak. Dalam hati memang risau juga andai kata Hantu Bonceng akan mengikut jejak langkah Lu Fikirlah Sendiri.
Saya peminat Maharaja Lawak, peminat Nabil, dan peminat Jozan. Tetapi saya sedikit pun tak tergelak semasa menonton Lu Fikirlah Sendiri The Movie. Saya sedikit pun tak tergelak apabila menonton Zizan Show. Selama ini, saya rasa Zizan hanya mampu member lawak komedi yang berkesan dengan kehadiran Johan. Dan saya risau dalam filem Hantu Bonceng, Zizan tidak mampu menyengat tanpa kehadiran Johan.


Ternyata saya salah. Lawak komedi yang dipamerkan Zizan dalam Hantu Bonceng memang mantap dan berkesan. Memang lawak filem ini. Dari awal sehingga ke penghujung saya sentiasa mendengar gelak ketawa dari penonton. Dan ada juga penonton yang ketawa mengilai. Huh, menyeramkan. Bagi peminat Jambu Maharaja Lawak dan Zahid, pastikan anda menonton filem ini kerana terdapat beberapa babak yang menampilkan mereka.
Anda pernah tonton Adnan Sempit? Bagi anda cerita itu lawak? Sekiranya ya, anda akan rasakan Hantu Bonceng lebih lawak.
Unsur sosial
Dari segi watak utama, Hantu Bonceng mempunyai persamaan dengan Adnan Sempit di mana kedua-duanya ialah Mat Rempit. Jadi dalam Hantu Bonceng anda tidak dapat lari dari istilah-istilah yang kurang sesuai untuk didengari kanak-kanak yang belum matang. Tetapi jangan risau, cerita ini menyampaikan beberapa pengajaran kepada penonton. Walaupun pengajaran yang disampaikan tidaklah sekuat mana, tetapi sekurang-kurangnya cerita ini tidak mengajak penonton menjadi Mat Rempit.
Jalan cerita
Sekiranya dibandingkan Adnan Sempit dan Hantu Bonceng, jalan cerita Adnan Sempit lebih menarik dan sedap. Walaubagaimanapun, jalan cerita Hantu Bonceng masih lagi menarik dan terdapat sedikit ‘twist’ dalam cerita tersebut.
Sepanjang menonton, soalan ini akan berada di kotak fikiran anda,
• Siapakah bohsia yang mati tersebut
• Mengapa hantu bohsia tersebut menggangu Amran
Anda ingin tahu jawapannya?
Anda benar-benar ingin tahu?
Senang sahaja. Pergi ke wayang terdekat dan tonton filem ini. Akhir kata, tahniah kepada Ahmad Idham kerana menghasilkan filem komedi seram yang tidak mengecewakan.
SUMBER : OhBulan

Lihat yang berkaitan : Hantu Bonceng :Apa maksud "APa Celupp" ?

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management