Salam Untuk korang semua !
Stakat ni,ape yang Mr Rilex tahu,hanya Diana Amir je yang berubah imej ke arah bertudung sebab mimpi hari kiamat..Rupe rupenya,ada lagi seorang lagi artis yang bermimpi tentang hari kiamat dan berubah imej ke arah bertudung.
DIANA AMIR
Siapa la yang tak kenal dengan h0t chick yang pernah berlakon dalam Sunsilk: Impian Ilyana nih. Dengan tubuh badan yang ramping,pakai plak skirt paras paha,laki mane tak terliur dengan Diana Amir yang menggiurkan nih ,Tapi Alhamdulillah,sekarang,dia sudah memulai hijrah nye dengan bertudung .Lihat apa kata Wardina Saffiyah dalam Facebook Official Page nye mengenai Diana Amir :
Cantik kan kalau bertudung ? Mr Rilex pun nak kalo gini,I Loike :) |
Haha ! Cute,cantik ,lawa ,Solehah ! Dan ini pula adalah tweets Kak Wardina Saffiyah tentang Diana :
Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.
Hehe,korang jugak bleh nak tweets Pelakon yang telah berubah kerana Allah ini dengan link nih :
Diana Amir Twitter
Dan artis kedua yang telah mula pakai tudung,memang konfem korang pernah tengok dia lah,femes gile dalam Sinetron kat TV9 tuh :
Dalam blognya di amarshanda.com, pada 27 November 2010, Marshanda “Chacha” Andriani iaitu seorang pelakon Indonesia (terkenal dengan cerita Soleha), ada menulis tentang sebab mengapa dia sudah memakai tudung jilbab.
Ura-ura yang mengatakan bahawa beliau mula memakai tudung kerana bermimpi kiamat telah diakui oleh beliau sendiri. Dia mengatakan bahawa dia telah bermimpi bahawa dunia ini kiamat selama 5 malam berturut-turut.
Seperti telah dirancang kan? 5 malam berturut-turut pula tu. Begitulah kalau hidayah dari Allah sudah sampai, dalam waktu sebentar manusia boleh berubah, dan kejadian yang berlaku pun seperti luar biasa. Tidak masuk akal terjadi dengan sendirinya 5 malam berturut-turut dengan mimpi kiamat melainkan adalah peringatan atau tanda-tanda dari ilahi.
Mungkin berkat Marshanda berlakon drama-drama yang berunsurkan islamik dan memegang watak sebagai wanita solehah, dan didoakan oleh peminat-peminatnya maka dia mendapat hidayah. Apa-apa pun semuanya adalah kehendak Allah. Kita tumpang bersyukur lah ke atasnya.
Apa yang difikirkannya dalam mimpi-mimpi itu, “Ya allah, sekarang ini kiamat, sementara dosa gw tuh banyak banget, kalo saya mati sekarang it’s for sure pasti saya masuk neraka.”
Alhamdulillah, dia sudah mengambil langkah yang sangat bagus sekali. Dan semoga dia dapat istiqomah hingga ke akhir hayat …….
P/S:So,untuk "wanita -wanita solehah" kat luar tuh,korang bile lagi nak sampai seru nih ? :P