Wednesday, 2 November 2011

Fakta : Jangan Menghadap Komputer LEbih Dari 5 Jam !

Salam untuk korang !




Kali ini,artikel Mr Rilex adalah mengenai Bahaya nya Menghadap Komputer Selama 5 jam !
Kenapa ?? Kenapa >> Haha,mungkin itulah dalam benak fikiran korang 
Baca nih:



Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan mengadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal.

Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.


Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.


 “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalamExaminer, 20 April 2011.


Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis. 

Mr Rilex says :" Jadi ,admin berpesan pada diri sendiri dan korang agar kalau hampir mencecah 5jam korang main computer,cuba main benda dulu .haha:)


p/s : Mr Rilex sendiri main lebih 5 jam,nak buat macam mana,Facebook lagi,Blog lagi, ,namun Mr Rilex cuba kurangkan :) Hehe


Komen anda amat dialu alukan dan jangan lupa untuk click pada iklan di sebelah sebagai tanda terima kasih anda :) Cheers !



Credit to :MalaysiaScore

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management