Aksi seks dan ghairah Mimi dalam filem 3gp tersebar. Pengarah filem berjudul 3GP, Aidil Fitri Mohamed Yunos tidak menafikan ada pihak tidak bertanggungjawab merakamkan adegan ghairah pelakon filem itu, Mimi sehingga ia disebarkan melalui Internet minggu lalu.
Menurut Aidil, rakaman adegan ghairah membabitkan Mimi dan Fikhree Bakar dalam filem terbitan Grand Brilliance itu bukan berdasarkan adegan yang diarahkannya tetapi ia versi yang ditokok tambah pihak tidak bertanggungjawab.
Pada masa sama, Aidil tidak menafikan perkara itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu tetapi dia enggan mengulas lanjut individu mana yang melakukannya dan terpulanglah kepada Grand Brilliance untuk menyiasatnya sendiri.
Minggu lalu heboh di Internet apabila sebuah adegan yang dikatakan menghairahkan antara Mimi yang juga anggota kumpulan One Nation Emcees itu dan Fikhree yang berlakon dalam 3GP telah menjadi bualan ramai.
3GP yang merupakan filem pertama arahan Aidil Fitri itu antara lain mengisahkan tentang beberapa kisah yang dijadikan sub-plot yang antara lain memaparkan kesan rakaman video adegan-adegan ghairah yang disebarkan di Internet.
Komen Mr Rilex : "nape yang pandai duk sibuk buat filem macam nih ? Ceh,bajet buat filem atas alasan yang tipikal sangat 'Untuk Memberi Kesedaran kepada rakyat Malaysia'.Hotak mung kesedaran ! Dengan wujudnye elemen macam ni,Mr Rilex rase budaya sosial orang melayu nih akan jadi lebih teruk sebab pengaruh media sangat kuat .Baik tengok Spongebob Squarepant .Lucu ape .Adoi ~