APA PENJELASAN APEK MENGENAI ISU BOTOL ARAK ?
Setelah tersebarnya gambar penjaga gol bagi pasukan The Red Warrior itu bersama Dahlia TEck di sebuah restoran terkemuka di Bukit Bintang,Apek terus dihentam dengan spekulasi negatif oleh segelintir pihak,apatah lagi pada gambar tersebut ada terpampang dengan jelas minuman botol yang berjenama tidak halal.Justeru itu perkara ini menjadi tanda tanya bagi setiap orang yang melihat gambar tersebut.
Wartawan mynewhub.my melaporkan
Penjaga gol pasukan Malaysia itu juga ketika dihubungi Mynewhub.my berkata,beliau buat masa enggan menjawab sebarang siu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian terhadap persiapan pasukan negara untuk Temasya Sukan Sea di Indonesia.
"Bro (wartawan),bagi saya fokus game (permainan) dulu,saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu. "Nanti selepas game,saya boleh jelaskan,"katanya melalui sistem ringkas.
Pasukan bola sepak bawah 23tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke 26 pada jumaat ini.
Gambar Apek berhibur dengan Dahlia dan kawan-kawan di sebuah restoran eksklusif,Werner's di Changkat Bukit Bintang baru baru ini disiarkan beberapa blog hiburan ternama negara seperti Oh!Bulan,Rotikaya.com dan Media Malaya.com.
Laman web On!Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai bebrapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.
"Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja namun dalam gambar menunjukkan bebrapa botol minuman keras yang sudah dibuka,"kata laman web hiburan terkenal itu.
Bagaimanapun,Oh!Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap APex dan Dahlia.Apex juga tidak dilihat memegang atau meneguk sebarang minuman dalam gambar tersebut.
Penyiaran gambar itu bagaimanapun mengundang kritikan yang pedas daripada anggota masyarakat .Apex sebelum ini bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi bagaimanapun pertunangan itu putus Ogos lalu.
p/s :Cuba berfikiran positif,mungkin tu bukan botol Arak,n tu botol air Barbican,hehe :)
Credit To :asyrafasnawi.com