Salam untuk korang !
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui."
(Al-Baqarah : Ayat 127)
Hari ni.MR (Mr Rilex) akan share kan beberapa info mengenai Rumah Allah paling mulia dalam dunia . Sebagai umat Islam,antara rukun Islam yang wajib dilaksanakan adalah menunaikan haji bagi yang mampu .Mampu ini bermaksud cukup tenaga,cukup masa,punya duit,dan berupaya .( Kalau salah,tolong betul kan )
Hanya Allah AzzaWajalla saja yang tahu betapa rindunye hati ini untuk berada di rumah Allah yang paling dirahmati . Sangat2 beruntung sesiapa saje yang boleh melihat Kaabah secara dekat ,maupun sekejap,apatah lagi melawat ,berpeluang beribadah di sane /Masya Allah !
Trivia Special Mengenai Kaabah !
- Kaabah merupakan kiblat kedua umat Islam selepas Allah memerintahkan Rasulullah bertukar arah kiblat daripada Masjidil Aqsa di BaitulMaqdis (sekarang Jerussalem)
- Kaabah ditutupi oleh kelambu yang berwarna hitam yang dikenali sebagai "KISWA" yang dibuat khas dan ditukar setiap tahun.Ditempah khas dari kilang yang berada di Mekkah,Ayat-ayat Al-Quran yang ditenun di sekeliling kiswah dengan menggunakan benang emas asli seberat 120kg.Ukuran keseluruhan kain kiswah ialah 658 meter persegi.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi,doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Subhanallah ! Moga2 Kita Semue dipanjang kan umur agar berpeluang untuk juga menikmati ibadah di sana satu hari nanti.Insya Allah !
p/s : Ape pendapat korang ?Meh komen bawah jap
Click di Bawah ni sebagai Tanda Terima Kasih !