Wednesday, 2 November 2011

Ancaman Babi Hutan Mengamuk Di Kelantan

Salam untuk korang !







KOTA BHARU- Masalah ancaman babi hutan dihadapi penduduk di Kampong Lubuk Jambu, Mulong sejak tiga tahun lalu masih belum selesai dan kini semakin membimbangkan.
Menyedari keadaan itu yang mula mengancam keselamatan penduduk, sepasukan Angkatan Relawan Malaysia bersama Kawasan Rukun Tetangga bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) termasuk Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim Lubuk Jambu mengadakan operasi menembak kelmarin.
Kapten Rela Pendek, Aris Daud berkata, sejak dulu sekumpulan babi hutan ini merosakkan tanaman penduduk kampung dan perkara itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Menurutnya, sebelum ini operasi menembak pernah dilakukan dan kali ini diteruskan lagi kerana lebih banyak babi hutan berkeliaran di kawasan kampung yang mengganggu keselesaan penduduk.
“Sekarang ini babi liar sudah mula berkeliaran di kawasan masjid dan juga nyaris menyebabkan penduduk terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika babi keluar pada waktu malam.
“Bagi tempoh sementara ini kami hanya mampu melakukan operasi menembak untuk menghalang babi hutan ini tetapi jika keadaan ini berterusan ia akan menimbulkan keresahan kepada penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dalam operasi itu, 18 babi hutan berjaya ditembak dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.
Aris berkata, pihaknya juga akan mempertingkatkan keselamatan di kawasan kampung dan meneruskan operasi menembak kerana masalah tersebut akan berterusan sekiranya tiada langkah mengatasi diambil.
“Saya berharap penduduk sekitar dapat bekerjasama supaya dapat memastikan keselamatan kampung dan juga masyarakat sekitar,” katanya.


SUMBER : Sinar Harian ,November 2 ,2011

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management