Salam untuk korang !
BAru je kita duk layan movie "Raya Tak Jadi ",daripada Saiful Apek dan Johan Raja Lawak,tiba tiba timbul pulak kes mengenai Apek nih . Adoii,heran betul la Mr Rilex . Kenapa la kes Ape mengenai dadah ini akan timbul pulak lagi sekali . Dah banyak kali dah,tapi still doing the same cycle. Bile admin terkenangkan dengan keperibadian dan kelucuan Abg Apek kite nih,macam tak sangka langsung la wei,dia akan buat benda tu lagi .
Ini bukan statement menfitnah atau gosip murahan,tapi "kalau tak kerana angin,masakan pokok boleh bergoyang " or boleh jugak di kaitkan dengan lagu Hazama ft M.U.H tuh,."Tanya sama pokok,..apa sebab goyang ,jawab angin yang goncang ,...."
PETALING JAYA - Pada 2 November 2011,hari ini,Saiful Apek sekali lagi telah didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah NArkotik,Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya,Jalan LP 2A/1,Taman Putra Permai,Seri Kembangan,di sini pada 11 malam ,12 Jun tahun lalu.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff,42 membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas dituduh menigkut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM 5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis,jika sabit kesalahan. Bagaimanapun,apek tidak mengaku bersalah.Mahkamah menetapkan ebutan kes itu pada 23 Disember depan.
So,Mr RIlex doakan agar Apek selamat dan moga2 terbukti ,Apek yang kita kenal selama nih,sebenarnya telah menjadi baik dan tak bersalah .Insya Allah !.Allah bersama orang yang benar !
p/s : "....Tanya sama pokok,apa sebab goyang,..."