Wednesday, 2 November 2011

GEMPAR ! : Gambar Najib Sembah Salib DiBongkar !

Salam untuk korang !


Kecoh di blog blog politik dengan gambar PM Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Razak sedang menyembah salib bersama Pope Benedict. Namun gambar tersebut dibuktikan palsu dan hanya direka oleh golongan yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Najib.





KUALA LUMPUR – Gambar asal yang kemudiannya diubah menggunakan teknik pertindihan bagi memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tunduk menyembah salib dalam pertemuan Pope Benedict XVI pada Julai lalu sebenarnya adalah sekeping gambar lama.
Ia dipercayai dirakamkan ketika Najib masih Timbalan Perdana Menteri dan sedang khusyuk berborak dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis.
Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Najib telah melakukan teknik pertindihan bagi mengelirukan orang ramai kononnya Perdana Menteri tunduk menyembah salib dalam pertemuan dengan Pope.
Bagaimanapun, tindakan membuat gambar fitnah itu dikutuk banyak pihak kerana mempermainkan akidah seorang muslim.
Gambar itu sebelum ini telah disiarkan dalam beberapa blog politik sebelum ini.




Mr Rilex says : Bodoh betul sape yang buat nih !

Dalam benak fikiran korang,ape korang rase ?





Credit to :HazrilHafiz

Comments
4 Comments

4 comments:

Anonymous said...

subahanallah......berdosa besar...ko ye tak suka pown jgn la melampau sangat...

Mr RileX said...

manusia kan,,memang gitu,.tau la tak suka Najib,tapi perlu la nak lempar taik kat dia walaupun tu taik sendiri,.adoi,.

N.U.R.U.L. F.A.I.Z.N.A.N.I said...

wallahualam... tapi mcm mana tau tu peMBANGKANG yang buat... asal nak cover apa-apa letak nama pembangkang......

Mr RileX said...

nurul faiznani :haha,takkan la UMNO sndiri nk create publisiti melampau gini ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management