Salam untuk korang !
KUALA LUMPUR – Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011: `Queer Without Fear’ yang bermula semalam hingga 13 November ini terus mendapat bantahan ramai pihak.
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melalui Setiausaha Agungnya, Mohd. Azmi Abdul Hamid hari ini membuat bantahan keras terhadap penganjuran tersebut.
Mohd. Azmi berkata, program Seksualiti Merdeka 2011 perlu di hentikan kerana kumpulan itu didakwa mendesak supaya wujud hak yang sama kepada golongan gay, lesbian, bisexual, intersex, transgender, asexual atas dasar hak asasi manusia.
“ Walaupun pihak penganjur menyatakan program itu bukan mempromosi homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi sambil mendakwa negara ini mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut.
“Sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan perlembagaan dan ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup barat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Azmi berkata, MAPIM mendesak kerajaan supaya tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal barat hanya kerana mahu mendapat sokongan golongan itu malah ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan.
Menurutnya, MAPIM kesal dengan Majlis Peguam yang turut terlibat dengan penganjuran program tersebut.
Tegasnya, peguam Muslim dalam Majlis Peguam perlu bersuara supaya hal yang menyentuh persoalan dan kedudukan undang-undang Islam serta kebebasan mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan budaya hidup Islam yang didokong oleh Majlis Peguam hendaklah dibantah. – mynewshub.my
SUMBER:mynewshub