Saturday, 19 November 2011

HAH??!! Tanda Tanda Lelaki Dicintai Jin Betina ??

Salam Untuk Korang !









Ibnu Abbas r.a. meriwayat sabda RasuluLLAH SAW :

“Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandung khunsa (pondan). Kaum pondan itu adalah anak-anak jin”(Ibnu Taimiyah – terkadang manusia dan jin bernikah dan melahirkan anak)








Entry kali ini,MR (MRilex)  akan kongsi kan sikit tentang tanda tanda korang yang lelaki nih telah dicintai oleh jin betina . Ye arh ,jin betina ni pun macam manusia gak,ade nafsu,ade keinginan untuk bersama pasangan yang dicintai,tapi takkanlah dengan manusia diorang nak bercinta jugak ?? Arghhh! TIDAKKK! 


Jadi,sape2 yang rase tanda-tanda dan simptom-simptom dibawah ade kena mengena ngan korang,baik korang start buat solat hajat,mintak pertolongan Allah cepat2 . Tak pasal2 plak ade yang menimang anak yang bermuka HARISIA ( HArimau+ Manusia )






WARNING ! : MR mengaku artikel ini juga di ambil dari entry orang lain dan akan dicreditkan  kepada orang tersebut .Jadi ,tidak akan timbul isu mencuri hak orang lain tanpa kebenaran atau menggangap ini adalah entry asal MR .Harap Maklum !







Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:



1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.


3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)


3. Anda suka bersendirian berjalan malam.


4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.


5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.


Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.


Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.


6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.


7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…


8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.


Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)


9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.


Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.
Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.


10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.


11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.


12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.


Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.


13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.


14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.


15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.


16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.


17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.


Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.


18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.


Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.


19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki dan sebagainya…


Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.


Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.



Entri Asal Di Sini : http://hazissac.blogspot.com/2011/11/ketahui-tanda-tanda-seorang-manusia.html#ixzz1eIhA9X4H














Comments
12 Comments

12 comments:

Afiq Aiman Aznan said...

aku ade tips.. kalau copy punye,. highlightkn smua dulu, tkan remove formatting. pastu edit balik. bile dah kuar ber highlight tande kite copy mcm atas ni, agak xbest nk bace.. ok..

Mr RileX said...

Afiq:aku xleh nk highlight kan smua cz entry yg ak copy ni pun sbnarnyer code entry jea,..pemilik entry ni x bg copy,.dye bagi code jea,.bile code aku paste kat html,.jd gini ah,.xleh nk ejas dh,.ade cara len x?

Unknown said...

+ tips..

copy..paste kat notepad dlu.. then paste balik kat entry...

backlink 2 da tanda kita bertema kasih tuk tuan sumber asal..

Unknown said...

lau nak tahu backlink yg mr.rilex buleh.. try check cnie :

http://lanunblogtutorial.blogspot.com/2011/10/free-backlink-builder-get-quality.html

Mr RileX said...

Lanun :Prob nye,MR xleh copy pn entry dia,.klua code entry je,code entry tu beserta link blog dye,ntah dye wt widget pe jd gtu,nk copy code html tu paste kew notepad ek?

Unknown said...

guna funtion CTRL C + CTRL V

1 . copy dengan CTRL + C
2 . CTRL + V kat Notepad
3 . CRTL V balek, then CTRL + V kat entry balek..
4. don't forget to put credit
5. Publish !
6. done

Mr RileX said...

la,care tu dh guna,tp masalahnye,nak gune CTRL+c tuh,kena highlight dlu entry dye,ni mase nk highlight,tibe2 kuar widget x bagi copy,dye just bagi code link untuk entry die jea,nak highlight pon xbleh da,apatah lg nk copy CTRL+C,.~

ila isnila said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

aku boleh je buat...haha.. :)
2 dia...TT da datang... tt..camne nak buat box yg kuar 2 yea.. ajar ket kat kita yg newbie nie...

Mr RileX said...

Haz Issac : Thanxx Bro :) Dh bleh ! Anyway,MR kreditkan juge kat brader sbb kualiti entry brader tuh :D

Lanun Baek: haha,bereh boh! Thnxx bnyk tnjuk ajar !

Mr RileX said...

Of Coz !hehe :)
btw,Haz tau x cmne nk install FB social plugin lam blogspot?

Unknown said...

mr : beres boh

haz : "laman embedeverything", xjumpa la.. soe.. still newbie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Enterprise Project Management